Google
 

Selasa, Julai 10, 2007

Ujian Pemahaman Bahagian A






Sila jawab soalan-soalan yang disediakan berdasarkan petikan berikut:

Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu (bukan nama sebenar) telah mendapat hidayah daripada Allah seterusnya berhasrat untuk memeluk agama Islam. Maka beliau pun pergilah ke jabatan agama Islam di negeri yang beliau menetap. Tanpa mengetahui apakah prosedur yang perlu beliau ikuti, beliau berjumpa dengan seorang petugas di situ dan menyatakan hasrat murni beliau. Beliau dengan ikhlas menyatakan hasrat murni beliau setelah tertarik dengan ajaran Islam.


"Encik Karupasammy ya?", tanya si petugas.

"Ya, itu saya", balas Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu.

"Ada bawa 4 keping gambar berukuran passport dan 2 orang saksi lelaki beragama Islam yang kenal dengan diri encik?", tanya petugas itu lagi.

"Tiada. Tapi adakah ini prosedur biasa untuk masuk Islam?", tanya Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu kepada petugas itu.


Soalan:

1. Pada pendapat anda, apakah jawapan yang akan diberikan oleh petugas tersebut?

a. Ohh, itu tidak menjadi masalah. Encik boleh bawa gambar tersebut bila-bila masa yang encik mahu. Yang penting niat encik untuk memeluk Islam itu harus kami segerakan.

b. Encik seharusnya membawa 4 keping gambar berukuran passport dan 2 orang saksi lelaki beragama Islam yang mengenali diri encik. Itu prosedur kami. Encik boleh datang lagi bila-bila masa pada waktu pejabat.

c. Datang esok, bawa 4 keping gambar. Jangan lupa 2 orang saksi lelaki. Islam.

d. Bila encik boleh datang lagi?


2. Pada pendapat anda juga, mengapa Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan?

a. Beliau tidak pernah merujuk kepada rakan-rakannya yang beragama Islam.

b. Beliau tidak mempunyai rakan-rakan beragama Islam.

c. Mengikut kefahaman beliau, proses untuk memeluk agama Islam itu mudah kerana apa yang dibacanya adalah Islam merupakan agama yang tidak menyusahkan penganutnya. Oleh itu, beliau berpendapat tiada karenah birokrasi yang merumitkan dalam usaha beliau memeluk agam Islam.

d. Beliau tiada akses Internet untuk merujuk ke laman web yang ada menyatakan Prosedur untuk memeluk agama Islam.

0 ulasan: