Google
 

Isnin, Julai 23, 2007

Guitar for Sale



Model: Squire Strat Californian Series
Color: Black
Body: Alder
Neck: Maple
Fingerboard: Rosewood
Frets: 21 Medium Jumbo
Included Accessories: Crappy Cable
Year: 2006
Made in: China
Controls: Volume, Tone 1, Tone 2, 5-way selector
Pickup: 3 single coil (stock)
Pickup configuration: Standard
Price: RM400 (COD, negotiable, RM50 for referral)
Details: Broken tremolo arm left inside! (Too much Steve Vai maybe)
Contact: hazaruddin(at)gmail(dot)com

Isnin, Julai 16, 2007

Ujian Pemahaman Bahagian B

Sila beri pendapat anda berdasarkan petikan di bawah dengan menyambung petikan yang diberikan. Jawapan anda hendaklah ringkas, padat, relevan, tidak berunsurkan politik dan tidak menggunakan bahasa yang boleh menyinggung mana-mana pihak.

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu (bukan nama sebenar)telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Kereta yang beliau pandu terbabas dan melanggar sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan. Namun, beliau bernasib baik kerana terselamat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Berikutan kemalangan, Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu patah kedua-dua belah kakinya dan terpaksa menghabiskan masa hampir 3 bulan terlantar di atas katil di wad kelas ke 3 di sebuah hospital milik kerajaan yang mana kini mengenakan bayaran bagi pelawat yang meletak kenderaan di dalam kawasan hospital tersebut.

Beliau semakin sembuh dari kecederaan yang dialaminya. Semangat beliau untuk menganut agama Islam masih belum pudar, malah dengan apa yang beliau hadapi, semangat itu kian membara. Semasa beliau terlantar di hospital, ada beberapa rakan beliau yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Beliau amat bertuah kerana rakan-rakan yang datang ini bukan dari kalangan mereka yang berusaha memfailkan permohonan untuk keluar dari agama Islam. Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu meminta 2 orang dari rakan-rakannya yang beragama Islam itu agar sudi menjadi saksi di kala dia ingin menrealisasikan hasrat beliau nanti. Hasrat Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu disambut baik oleh kedua-dua rakannya.

Maka, tibalah hari yang dinanti-nantikan Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu. Beliau bersama 2 orang rakannya menuju ke tempat yang beliau tuju lebih kurang 4 bulan yang lepas. Kali ini beliau yakin hasratnya akan tercapai.

"Aku sudah ada gambar, aku sudah ada saksi", bisik hati kecil Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu.

Beliau dengan sabar menunggu petugas yang nampak agak sibuk pagi ini. Borang yang telah siap beliau isi dipegangnya sambil memandang petugas yang akan menguruskan permohonan beliau kali ini.

"Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu, jemput ke sini", kata petugas tersebut.

"Kenapa dengan encik? Apa yang berlaku?" Tanya petugas itu.

"Saya kemalangan lepas balik dari sini 4 bulan yang lepas", jawab Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu.

"Oh, encik sudah datang ke sini 4 bulan yang lepas ya?", tanya petugas itu lagi.

"Ya, tapi masa tu saya tak bawa gambar dengan saksi", jawab Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu.

"Ohh, sesungguhnya malang itu tidak berbau. Saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas diri encik. Baiklah encik, sila serahkan borang yang encik isi tadi", kata petugas itu.

"Baiklah, saksi pertama kita. Encik Rozi ya? Dah lama kenal Encik Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu?", tanya petugas itu.

"Ya, kami satu sekolah masa kat Taiping dulu. Kami satu kampung", jawab Encik Rozi.

"Saksi kedua kita, Encik Fawwaz ya? Dah lama kenal Encik Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu?" Tanya petugas itu lagi.

"Ya," jawab Encik Fawwaz ringkas.

"Encik Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu, dah tau mengucap?" Tanya petugas itu.

"Er..." (sambung karangan bermula dari sini. Karangan anda hendaklah tidak melebihi 350 patah perkataan)

Soalan Bonus

1. Pada pendapat anda, apa yang mungkin akan berlaku jika Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu masih belum benar-benar fasih mengucap 2 kalimah syahadah dan disuruh pulang belajar sehingga beliau benar-benar fasih?

2. Apakah nama yang sesuai untuk Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu selepas beliau menganut agama Islam? Perlukan dia menukar nama atau tetap kekal dengan nama Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu?

3. Apa pendapat anda jika Encik
Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya tersebut?

Selasa, Julai 10, 2007

Ujian Pemahaman Bahagian A






Sila jawab soalan-soalan yang disediakan berdasarkan petikan berikut:

Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu (bukan nama sebenar) telah mendapat hidayah daripada Allah seterusnya berhasrat untuk memeluk agama Islam. Maka beliau pun pergilah ke jabatan agama Islam di negeri yang beliau menetap. Tanpa mengetahui apakah prosedur yang perlu beliau ikuti, beliau berjumpa dengan seorang petugas di situ dan menyatakan hasrat murni beliau. Beliau dengan ikhlas menyatakan hasrat murni beliau setelah tertarik dengan ajaran Islam.


"Encik Karupasammy ya?", tanya si petugas.

"Ya, itu saya", balas Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu.

"Ada bawa 4 keping gambar berukuran passport dan 2 orang saksi lelaki beragama Islam yang kenal dengan diri encik?", tanya petugas itu lagi.

"Tiada. Tapi adakah ini prosedur biasa untuk masuk Islam?", tanya Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu kepada petugas itu.


Soalan:

1. Pada pendapat anda, apakah jawapan yang akan diberikan oleh petugas tersebut?

a. Ohh, itu tidak menjadi masalah. Encik boleh bawa gambar tersebut bila-bila masa yang encik mahu. Yang penting niat encik untuk memeluk Islam itu harus kami segerakan.

b. Encik seharusnya membawa 4 keping gambar berukuran passport dan 2 orang saksi lelaki beragama Islam yang mengenali diri encik. Itu prosedur kami. Encik boleh datang lagi bila-bila masa pada waktu pejabat.

c. Datang esok, bawa 4 keping gambar. Jangan lupa 2 orang saksi lelaki. Islam.

d. Bila encik boleh datang lagi?


2. Pada pendapat anda juga, mengapa Karupasammy Murulinggam a/l Nachiappan Vellumuthu tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan?

a. Beliau tidak pernah merujuk kepada rakan-rakannya yang beragama Islam.

b. Beliau tidak mempunyai rakan-rakan beragama Islam.

c. Mengikut kefahaman beliau, proses untuk memeluk agama Islam itu mudah kerana apa yang dibacanya adalah Islam merupakan agama yang tidak menyusahkan penganutnya. Oleh itu, beliau berpendapat tiada karenah birokrasi yang merumitkan dalam usaha beliau memeluk agam Islam.

d. Beliau tiada akses Internet untuk merujuk ke laman web yang ada menyatakan Prosedur untuk memeluk agama Islam.

Khamis, Julai 05, 2007

كناءيقن هرڬ روكوق


كناءيقن يڠ سميمڠڽ تله دكتاهوي عموم. ميمڠ هرڬ روكوق اكن ناءيق دان تروس ناءيق. تاڤي ادكه اكو اكن برهنتي مروكوق؟ يا، تاڤي بوكن اتس فكتور كناءيقن هرڬ